Busy life
Aku pulak jenis yg suka tangguh tangguhkan bende ataupun nak elok sikit bunyinya... suka 'bersabar dan cool'. Bukan satu ciri yg bagus kalau nak jadi ketua. Kalau buat sesuatu kerja, utk melihat perkembangan di kalangan anak buah, memang susahlah nak bertanya khabar. Hello, ini dah buat ke belum. Hai, dah telefon pakcik kassim? Assalamualaikum, kertas kerja bila nak submit? Memang susah. Akhirnya, end up dgn aku buat kerja tu sendiri. Itulah yg Maryam tegur aku dulu. Suka buat kerja sendiri sendiri, padahal ramai org lain yg sudi tolong.
Anyway, for the past week, banyak bende berlaku - very busy. Satu yg aku tak dapat lupa ialah Farhaana balik Malaysia sabtu lepas. Sedih jugak aana balik malaysia, lebih sedih bila tak dapat jumpa atau sembang pun utk kali terakhir. Pernah jugak suarakan bende tu kat Lisa, so kitorang bercadang nak laa hantar dia ke airport. Kena pulak hari dia balik, aku attend kursus MRCP (jadi observer jer..), dan lisa pulak ada study group. Try telefon dia pun tak dapat... mungkin sebab dah lewat kot masa tu. berdoa jerlaa, moga moga satu hari nanti the paths cross again.
Sebut pasal kursus MRCP yg aku attend baru ni.... fuuh... aku rasa banyak sungguh signs yg boleh tgk. Malah aku rasa berganda ganda banyaknya berbanding duduk kat ward selama ni. Ada sorang pakcik tu, ada kidney transplant. Sebelah sana ada polycystic kidney. Lepas tu ada scar kat abdomen utk peritoneal dialysis. Dan semestinya ada AV fistula kat tangan dia. And tak abis kat situ. Ada jugak hepatomegaly (cystic liver = cystic kidney). And ada scar pulak kat thyroid dia, sebab parathyroidectomy (utk secondary hyperparathyroidism utk chronic renal failur). fuh... itu baru sorang. Banyakkan semua sekali dalam masa 2 hari aku tgk dekat 30 patients. Kalau ada peluang lagi nak pegi, semestinya aku pergi. Tapi bilerlah lagi nak dapat peluang macam tu.
Pegi rumah zekri masa raya haji baru ni. dpaat jumpa dr Azli. Dia akan pegi UK utk jadi Consultant Neurologist kat satu hospital terkenal kat situ. Aku tgk kad dia pun (buat kat vista print - free) ada FRCP & FRCPI, lepas tu apa lagi ntah utk neurology. Member utk american neuro society gitu gitu laa. Kagum aku. Memang dia bagus pun. Sejak sekolah lagi. Org org macam ni ramai jugak, esp drp rcsi. Hizwani dan al-biruni. Dgr kabar, mereka sejak undergrad dah buat banyak research, hujung hujung minggu. Yg best tu, semua budak mrsm taiping. Hehehe... bangga sekejap, walaupun lagilah bangga kalau aku sendiri jadi macam tu. Tapi tak apa laa... setiap org ada dia punya keistimewaan. Bangga ada org Islam macam tu pun dah ok dah.