At Peace

My Lifetime Stories in blog

Thursday, February 17, 2005

Rotatory twist

Terlalu banyak yg aku fikirkan.

Tadi hilmi balik malaysia. tak ada org nangis. ramai jugak yg datang airport hantar hilmi. seronok tgk walaupun kebanyakannya aku tak kenal pun. teringat masa tidur rumah dia dulu dulu. masa dia demam, jeram kepala dia dgn air. masa dia kongsi apa yg dia ada dalam palm. dia ajak pegi masjid. berada di airport membuatkan aku teringat, nanti bila aku balik, sapalah yg akan hantar aku agaknya.... ataupun cuma tinggal aku ngan lisa akan balik senyap senyap. yelah, aana balik pun aku & lisa tak sempat nak hantar, walhal memang kitorang dah rancang dah.

Attachment kat tallaght under surgical dept... fuuhh.... bukan shj meletihkan diri, tapi juga meletihkan minda. harapnya tak sia sia aku bangun pagi pagi, bukak air panas... tidur dan bangun bali. Pukul 7 ada kat hospital dah. balik pukul 5. itupun sebab tak pegi ward round yg petang tu. kalau tak, tak tahulah balik rumah kol berapa. macam org kerja, tapi tak ada gaji. Cuma berlainan sekali dgn apa yg aku alami masa kat James's dgn Naeve. org ni kata org tu. org tu pulak berbalas balik tembakan. slaing mengelak. tak ada satu pun yg kena dan cedera parah. aku cuma sembunyi celah langsir...

Sibuk studi utk final exam. baru tahu drp masri yg exam 22hb april hingga mid May. oklaaa kot. cuma harapnya aku bersedia laa bila dah sampai masanya. Ada topik penting yg perlu aku cover at least before aku balik galway.

tadi terjumpa sakina dalam internet. Lama tak dgr kabar para ire2000. Dulu masa sblm dtg ireland, riuh dan rancak bercerita. org ni begitu. Org tu berfikir... dan bercerita. Aku tgk msg, last was in august... 1 email bulan tu. before that was in april or may.... entah berapa kali kot aana dapat msg drp yahoogroups nak delete group tu, dan berapa kalilaa aana mintak extend.

it's like.... ireladn is not a place for me anymore. probably sebab aku ada kat dublin, dan tak kenal org kot. or probably malaysia menggamit gamit panggil suruh balik. Tell malaysia, aku kata: sabar dulu. Insya-Allah, kalau panjang umur, kita ketemu lagi.

2 Comments:

  • At February 21, 2005 at 4:16 PM , Blogger Liz said...

    ola! terserempak with your site accidentally. our batch ramai gak bloggers ye.. I dun blog btw. got photopage tho' http://babyripp.fotopages.com

    send regards to lisa

    good luck in your studies. bila grad?

     
  • At February 23, 2005 at 5:05 PM , Anonymous maSyoo said...

    Assalamualaikum.. Ya, dan bila Liza bertemu dengan blog ini, secara automaticnya aku jugak diseret bersama (sebab dia link ur blog). Nampak macam okey aje life korang. Bagus. Nanti kalau aku pegi Dublin aku lawat.. :P Insya Allah.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home