At Peace

My Lifetime Stories in blog

Tuesday, September 08, 2009

Dulu, kini dan selamanya...

Aku terfikir pasal perkara ni bila membaca salah satu artikel Ustaz Hasrizal bertajuk. Dalamnya terdapat perbincangan tentang manusia dahulu dan sekarang. Bagaimana peristiwa dahulu mencorakkan kehidupan seseorang.

Teringat aku ketika Dr Asri berdebat dengan Astora Jabat. Astora mempertahankan Kassim Ahmad yg dituduh anti-hadis. Katanya Kassim Ahmad telah menyedari kesalahannya dan cuba kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah. Namun ada antara kita yg masih menuduhnya anti-hadis.

Mereka yang meminati politik, perkembangan kebelakangan ini menunjukkan ada yang melompat parti. Daripada parti X ke parti Y. Dengan sendirinya pandangan terhadap sesorang itu berubah apabila berlakunya perpindahan parti.

Kalau kita besarkan lagi skopnya, maka kita akan lihat ramai manusia yg memilih Islam sebagai jalan hidup, apabila memeluk Islam, mereka berubah dan menjadi Muslim yang sejati, Insya-Allah. Lihat saja kelibat Abu Ameenah Bilal Philip ataupun Muhammad al-Jibaly ataupun Jamaluddin Zarabozo - kesemuanya merupakan pendakwah yang berjaya, yang dekat pada hatiku.

Jadi, apa kaitannya?

Apa yang membuatkan aku tersentak adalah apabila aku memilih untuk mengatakan si polan adalah salah berdasarkan sesuatu yang lampau. Kita sedar berdasarkan pengalaman bahawa orang tersebut mungkin telahpun berubah, malah mungkin lebih baik daripada kita. Jadi, apakah adil apabila seseorang memberi kita nasihat, maka kita katakan padanya, "Engkau pun dulu bukannya baik sangat. Ada hati nak ajar orang." Apakah kita berlaku adil apabila kita mencukil keperibadian seseorang yg lampau sekadar untuk memalukannya?

Kita semua pastinya melakukan kesalahan. Ada yang besar dan ada yang amat memalukan sekiranya diketahui ramai. Islam tidak membenarkan kita melaung-laungkan kesalahan kita yang lampau. Kekadang kita mahu berkata, "Aku dulu tidak sembahyang, tapi aku dah bertaubat." Tapi Islam tidak membenarkan keburukan itu ditayangkan sekiranya orang ramai tidak mengetahuinya. Agaknya untuk mengelakkan perasaan ujub bahawa aku kini dah jadi baik, padahal masih banyak yang perlu seseorang itu lakukan. Semoga Allah terus menyembunyikan kesalahan kita di dunia dan mengampunkan kita di akhirat.

Indeed, Allah will bring the believer near Him and cover him with a veil. He will then ask him, "Do you recognize such-and-such sin? He will reply, "Yes, O my Lord." Thus, Allah will make him admit to all his sins, and he will feel that he is surely doomed. But then Allah will say, "I have covered them for you in the first life, and I forgive them for you this Day." He will then be given the records of his good deeds. But as for the disbelievers and hypocrites, they will be called in front of all people: "These are the ones who lied about their Lord. Unquestionably, Allah's curse is upon the wrongdoers. (Bukhari)

Kita tidak nampak semuanya

- Apabila tuduhan sebuah parti politik tersebar fahaman Syiah dan tiada apa yg dilakukan utk menghalangnya, bagaimana kita tahu tiada apa yg dilakukan langsung?

- Apabila kita mengatakan bahawa pusat zakat gagal memainkan peranan kerana zakat lebihan kita masih banyak, setakat mana kita tahu bahawa mereka bukan dalam proses berusaha membetulkannya?

- Apabila kita mengatakan ulama tidak memberi nasihat kepada pemimpin negara, apakah kita 100% pasti? Perlukah mereka mewar-warkan apabila memberi nasihat?

- Apabila kita mengatakan seseorang itu malas kerana gagal hadir untuk sesuatu aktiviti berdasarkan kelakuannya yang lampau, adakah kita tahu bahawa mungkin dia gagal hadir hanya setelah berusaha bersungguh sungguh?

- Apabila kita melihat seseorang berterusan melakukan maksiat, adakah itu bermaksud seseorang itu tidak cuba bertaubat pada malamnya, namun kerana keadaannya yang tertentu, dia gagal menolak hasutan Syaitan?

- Apabila seseorang penceramah agama kahwin lain, kita tak habis-habis mengata pasal keadaan dia yang lampau. Mungkinkah dia cuba berubah dan menjadi insan yang lebih baik?

- Apabila KITA sendiri yang cuba berubah, tapi sentiasa diingatkan mengenai kesalahan kita yang lampau, seolahnya kita tidak pernah berubah. Bagaimanakah kita menghadapinya?

Ini cumalah contoh contoh yang dapat difikirkan. Kalau mengambil kira faktor masa depan, maka lagilah kita tidak mengetahui. Kita memang disuruh amar makruf nahi mungkar terhadap apa yg berlaku pada masa sekarang, namun Islam tidak pernah menyuruh kita menyelongkar kesalahan lepas mahupun menghukum seseorang utk kemungkinan seseorang melakukan kesalahan di masa depan.

Kubur lain-lain

Apabila kita memandang rendah terhadap manusia lain, bermaksud kita memandang tinggi pada diri kita sendiri. Kalau kita Islam dan dia kafir, mungkinlah ada ruang utk kita mengatakan bahawa kita lebih tinggi (dari segi agama), namun tidak bermakna kita mengejek agama lain malah kita tidak tahu apa kesudahan mereka...

Narrated Muadh bin Jabal, Allah Messenger said, "Whoever insults his brother due to a sin (which he has committed), will not die until he commits it himself. (Al-Tirmidhi reported as Hasan, while its chain is broken (Munqati))

@Peace

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home