Bertudung tapi berdosa
This article is a recycled article of what i wrote back in 2007.
Isu tudung banyak diperkatakan orang. ‘Pejuang’ wanita mengatakan bergantung kepada individu untuk memakai atau tidak. Daripada Astora Jabat yang membincangkan aurat ringan dan berat yang mengelirukan sehinggalah kepada Dr Asri yang membetulkan kekeliruan tersebut, semua ingin mengatakan sesuatu.
Aku juga begitu.
Aku memilih bahawa bertudung itu wajib untuk wanita. Mungkin lebih elok lagi dikatakan menutup aurat itu wajib untuk orang Islam. Memakai tudung itu baik, namun lebih sempurna apabila tudung itu menutup dada, baju berlengan panjang dan tidak ketat.
Kekadang, ada yang bertudung tetapi perangainya tidak elok. Ramai yang tidak bertudung, namun lembut sopannya kekedang mengalahkan yang lain. Teringat aku seorang rakan dari Kuwait, apabila dia melihat CD cover seorang penyanyi wanita yang tidak bertudung, dia mengatakan nerakalah tempatnya.
Namun syurga dan neraka bukanlah manusia yang menentukannya. Mendedahkan aurat memanglah berdosa. Mereka yang timbangan dosanya lebih berat drp pahala, maka neraka tempat akhirnya.
Ada yang memakai tudung memandang keji dan serong kepada mereka yang tidak, seolahnya yang bertudung confirm masuk syurga. Dalam pada itu, mereka lupa mengumpat juga adalah satu dosa. Merasa diri kita cukup baik (ujub) juga adalah dosa. Dosa-dosa ini boleh memberatkan timbangan dan menghantar kita ke neraka.
O you who believe! Avoid much suspicion, in deed some suspicions are sins. And spy not neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it. ANd fear God, verily, God is the one who accepts repentance, Most Merciful. (Al-Hujurat 49:12)
Janganlah lupa, selagi nyawa kita dikandung badan, kesudahan kita masih tidak kita ketahui.
“… ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli syurga dan ia masuk syurga.”
Sahih Bukhari 3208.
Mereka yang berada di Malaysia mungkin tidak dapat merasai satu nikmat memakai pakaian Islam ini. Mungkin kerana memakai tudung bukanlah sesuatu yang asing. Aku juga cuma menyedari keadaan ini setelah mendirikan tangga.
Ke mana sahaja aku dan isteri mengembara, sama ada di Dublin, Prague, Vienna, Freiburg, Frankfurt, apatah lagi Turkey; kami akan didoakan selamat sejahtera org org Islam yang lain. Ini tidak lain kerana mereka tahu kami muslim kerana isteriku bertudung.
Isteriku menceritakan, wajah para wanita Islam akan menjadi berseri seri apabila mereka berselisih di jalan sambil mengucapkan salam. Setiap kali. Seolah-olah mereka terjumpa sesuatu yang sudah lama dicari. Aku juga merasainya. Menerima salam drp org yang langsung tidak dikenali di jalanan, salam daripada tuan kedai kebab mahupun konduktor keretapi membuatkan kita rasa lebih selamat dan selesa.
Berada dalam masyarakat barat yang mempunyai stigma terhadap Islam, memakai tudung umpama melaungkan kepada semua bahawa diri ini muslim. Kita lelaki tidak merasainya, kerana sukar utk kita dikenali keislaman kita berdasarkan pakaian. Kita cuma boleh mengagak yang org ini Indian, atau Pakistani, atau Asian atau Arab. Beraninya para wanita Islam dalam mempertahankan identiti diri, dalam pada membezakan diri mereka drp kelompok utama. Memang sukar. Wearing hijab is definitely not the easiest path they have chosen. Semoga Allah memberi kekuatan kepada wanita Islam, sesuai dgn pengorbanan mereka.
Inipun sukar utk lelaki menyimpan janggut walaupun itu sunnah untuk mereka. Kerana kita tidak mahu dilihat berlainan daripada yang lain. Jauh sungguh pengorbanan kita.
------------------------------------------------------------------------------
Tambahan 2009:
Masih lagi berpendapat seperti di atas. Cumanya mungkin kita lebih senang melihat 'keburukan' tidak bertudung berbanding mengumpat krn mengumpat tu belakang-belakang, manakala tidak bertudung tu depan-depan. Namun, hakikatnya adalah sama - kalau berat timbangan dosa kita, ke neraka kita. Wallahu a'lam.
@Peace.

--------------------------

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home