At Peace

My Lifetime Stories in blog

Tuesday, September 22, 2009

Tuhan tak sama dengan Ultraman

Pendedahan awal aku mengenai agama yang aku ingat adalah pengalaman bersama mak semasa berumur 5-6 tahun mungkin. Ketika itu, mak mengumpulkan kami bertiga- aku, kakyong dan miyyah. Dia menceritakan tentang hari akhirat, ada syurga dan neraka. Aku masih boleh merasakan perasaan takutku ketika itu, tertanya tanya kenapa perlu ada kesudahan jahat dan kesudahan baik. kenapa tidak semuanya baik?

Walaupun aku tahu bagaimana nak sembahyang, satu hari ayah memanggilku dan menyuruh aku melakukan gerakan dalam solat semata mata utk membetulkan apa apa yg silap. Pernah satu hari, aku berniat solat isyak 4 rakaat, namun aku cuma solat 3 rakaat. Aku teringat ayah pernah memberitahuku bahawa Nabi pernah terlupa 1 rakaat, lalu apabila teringat, baginda menyambung satu lagi rakaat. Lalu aku solat 1 rakaat lagi. Kak yong menyedari aku cuma solat 1 rakaat tanpa mengetahui aku telah solat 3 rakaat sebelumnya, lalu memarahiku kerana solat laju - mustahil solat isyak boleh selaju demikian!

Anak saudaraku yg kini berusia 4/5 tahun mula bertanya mengenai Tuhan. Bandingan Tuhan dengan Ultraman, kenapa Tuhan perlukan malaikat dan sebagainya.

Bilanya bermula?

Isteriku sering kala bertanya, bila perlunya kita mengajar kanak kanak tentang agama? Bila perlu pakai tudung, bila perlu solat, bila kena tutup aurat?

Aku fikir tidak ada salah/betul. Yang penting merupakan hasil akhirnya. Apabila seseorang itu baligh, maka dosa pahala menjadi tanggungjawabnya sendiri. Tujuan ibu bapa dan saudara mara adalah untuk menyediakan kanak kanak untuk menempuh alam yang akan memberi kesan padanya selama-lamanya (akhirat).

Sama ada ibu bapa ingin memakaikan tudung awal ataupun 'last minute' pada hari balighnya seseorang, mungkin bergantung pada banyak faktor. Kita tidak mahu bayi yg baru lahir dipakaikan tudung kononnya utk menutup aurat, padahal bayi tersebut cuma tahu menangis, belum tahu apa-apa. Mungkin juga kita tidak berani mengambil risiko menyuruh anak kita menutup aurat sebaik sahaja dia akil baligh, ditakuti mereka tidak biasa dgn perubahan mendadak. Jadi, yang lebih penting bukanlah bila, tapi kenapa seseorang itu menutup aurat, dan pentingnya konsisten pada menutup aurat atau apa jua kebaikan.

A menutup aurat pada umur 4 tahun berbanding B ketika berumur 11 tahun, manakah yg lebih baik? Jika yang menutup aurat tetiba membuka aurat ketika berumur 20 tahun dan sebaliknya berlaku pada seorang lagi, nah, kali ini mana yang lebih baik? Dan sekiranya yang membuka aurat kembali menutup aurat, dan B kembali membuka aurat di penghujung kehidupan, manakah pula yang lebih baik?

Then as for him whose balance (of good deeds) will be heavy, He will live a pleasant life (in Paradise).But as for him whose balance (of good deeds) will be light, He will have his home in Hawiyah (pit, i.e. Hell). (Al-Qariah:6-9)

Akidah

Kekadang kita tersilap dalam mengutamakan mana yang patut didahulukan. Antara sembahyang fardu dan sembahyang sunat, sunat tentu sembahyang fardu yg utama. Antara mematuhi suami dan puasa sunat, maka mematuhi suami lebih utama kerana ia wajib. Begitulah juga dengan proses mendidik. Mengajar anak berbuat baik, solat di awal waktu, menutup aurat - semua itu sangat baik dan dituntut; namun perlulah juga kita dahulukan dengan pengenalan kepada akidah.

Tanpa akidah yang tepat, maka semua amalan kita tidak akan diterima sebagai amal baik. Orang kafir juga boleh belajar sembahyang, puasa, zakat dan haji - tetapi adakah semua itu akan dikira jika mereka masih lagi bertuhankan yang lain selain Allah? tentu sekali tidak. Rasulullah mengambil masa 10 tahun di Mekah utk mengukuhkan akidah, ayat ayat Al-Quran Makiyyah menceritakan tentang keesaan Allah dan balasan di akhirat, menunjukkan betapa pentingnya akidah dalam hidup Muslim.

Dalam mengetengahkan kepada kanak-kanak, sudah tentunya perbincangan kompleks perlu dielakkan terlebih dahulu. Akidah tidaklah kompleks. Jika akidah Islam itu sukar, maka sudah tentu mereka yang cuma beberapa hari bertemu rasulullah untuk belajar mengenai Islam tidak dapat mengIslamkan seluruh kabilah mereka kemudiannya- jika akidah Islam itu sukar.

Mu’awiyah as-Sahmi reported: “I had some sheep which I kept between Uhud and Juwaniyyah with a slave-girl to look after them. One day, I went out to check on my sheep and discovered that a wolf had devoured one of them. Since I am just a human, (I became angry) and struck the girl. Later on, I came to the Prophet and reported to him the incident. He terrified me with the gravity of my action. I said, ‘Messenger of Allah!’ Shall I free her (as an expiation of my sin.) He said ‘Call her over.’ When I did, he asked her, ‘Where is Allah?’ She said, ‘Above the heavens.’ Then he asked her, ‘Who am I?’ She said, ‘The Messenger of Allah.' Thereupon, the Messenger of Allah ordered me, ‘Free her. She is a believer’”

Soalan yang mudah dengan jawapan yang tidak berbelit belit. Siapa yang menciptakan kita? (Allah) Cantiknya pokok ni, siapa yang ciptakan pokok ni? (Allah) Kenapa kita perlu sayang mak ayah? (Allah yang suruh dan sebab lain...). Kenapa kita perlu solat? (Sebab Allah yang suruh)

Beriman kepada malaikat, kitab, nabi, hari akhirat & qada' & qadar

Banyak yg kita perlu ajar dan tanamkan dalam hidup kanak kanak. Namun terlebih dahulu kita perlu tahu tentangnya. Bagaimana mungkin kalau anak anak bertanya, kenapa Allah perlukan malaikat apabila kita sendiri tidak pasti? Kenapa ada kesusahan dalam dunia ni? Kenapa al-Quran berwarna warni? dan sebagainya. Banyak buku buku ditulis untuk menolong kita memahaminya dan juga buku utk menerangkan pada anak anak supaya mereka faham serba sedikit.

Qada' dan qadar antara perkara yang banyak antara kita sukar untuk memahaminya. Jika Allah dah tahu apa akan jadi, kenapa kita perlu buat lagi? Kenapa perlu buat baik kalau ditakdirkan kita masuk neraka? Sehinggalah kepada soalan yang mempersoalkan keadilan Allah... kenapa Allah nak humbankan manusia dalam neraka sedangkan Dia yang menetapkan seseorang itu duduknya dalam nereka semasa diciptakan - adilkah begitu?

Terdapat prinsip seperti Keadilan Allah dan Kebijaksanaan Allah dalam membincangkan qada' & qadar. Allah tahu apa yang akan berlaku tidak bermaksud Allah memaksa seseorang itu berbuat jahat. Manusia mempunyai free will untuk berbuat baik ataupun jahat. Cumanya Allah tahu kesudahan seseorang itu sebab Allah Maha Mengetahui. Tiada guna Allah menciptakan syurga dan neraka jika kita terpaksa ataupun terdapat inner force yang memaksa kita berbuat jahat atau baik. Itu bukan ujian namanya. Bolehkah Allah menciptakan semua manusia beriman kepada-Nya? Tentu sekali boleh, namun Allah dengan Kebijaksanaan yang ada pada-Nya tidak berbuat begitu. Kenapa ada manusia yang miskin dan yang kaya? Ada yang berjaya kerana menipu dan yang gagal walaupun lama berusaha. Yang masuk neraka walaupun mereka ada akhlak yang baik (tapi akidah yang salah)? Banyaknya persoalan yang mungkin kita sendiri perlu mencari jawapan.

Rasulullah menasihatkan Ibn Abbas yang ketika itu sangat muda: O young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you (have need to) ask, ask of Allah; and if you seek help, seek help from Allah. Know that even if the Nation (or the whole community) were to gather together to benefit you with something, they would not benefit you with anything except that which Allah has already recorded for you, and that if they gather together to harm you with something, they would not be able to harm you with anything except that which Allah has already recorded against you. The pens have been lifted and the pages have dried." (Al-Tirmidhi, sahih)

Solat

Ramadhan baru berlalu. Ada yang berlumba lumba membandingkan anak siapa yang dapat berpuasa penuh, malah ada antara kita yang saling berbanding dan bertanya kerap kali - sudahkan anda berpuasa enam? (Supaya bolehlah diberitahu bahawa mereka dah habis berpuasa sunat Shawal).

Elemen persaingan menjadikan kanak-kanak malah org dewasa mudah berbuat baik. Rasulullah sendiri tidak memarahi mereka yang inginkan persaingan dalam ibadat, sebagaimana yang kita baca mengenai para sahabat berlumba lumba menderma utk fisabilillah. Namun, ada beza antara berlumba-lumba melakukan ibadat dan menunjuk nunjuk melakukan ibadat.

Kita telah maklum bahawa solat adalah perkara ibadat pertama yang akan ditanya di hari akhirat. Maka oleh itu selepas akidah, maka solat merupakan perkara paling utama perlu didahulukan berbanding yang lain. Tentunya ini tidak bermakna apabila anak yang berumur 3 tahun (yang tentunya belum tahu solat) mula memukul adiknya, kita tidak boleh melarang kerana dia belum solat. Tentu sekali tidak. Namun kita boleh mulakan dengan solat jemaah di rumah supaya anak anak menjadi biasa dengan pergerakan solat. Apabila mereka sedikit besar (dan boleh dikawal), dibawa mereka ke masjid untuk membiasakan mereka.

From Amr b. Shu'aib, from his father, from his grandfather, who said : Rasulullah s.a.w said :"Prescribe prayers to your children when they are seven years of age, and punish them (if they do not say them) when they are ten years old of age, and separate their beds (at that age)". ( Abu Dawud )

Ada yang berhujah jika anak anak disuruh bersolat selepas umur mereka 7 tahun, oleh kerana solat adalah yang paling penting, maka perkara lain mestilah diajar selepas 7 tahun , seperti menutup aurat dan sebagainya. Mungkin ada benarnya, namun apabila Rasulullah berkata 7 tahun sebagai umur utk mula melatih solat, itu tidak bermakna kita tidak boleh melatih mereka dengan lebih awal. Apabila mereka dilatih dgn lebih awal utk bersolat, maka ada kemungkinan mereka diajar utk menutup aurat sebelum 7 tahun.

Aurat

Ada antara kita yang merasa rendah diri apabila memakai pakaian Islam dan menutup aurat. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan kanak kanak, malah di kalangan orang dewasa. Kita merasakan kita hodoh dan tidak cantik. Islam menggalakkan kita menjaga kebersihan, maka tidak ada sebab utk berbau busuk apabila mengenakan pakaian Islam. Hodoh atau cantik adalah pada pandangan manusia. Semestinya kita faham bahawa yang lebih penting adalah pada pandangan Allah. Namun, seringkali kita terbabas dalam mengenakan niat kita. Begitulah manusia, dan Allah Maha Pengampun.

Oleh sebab itu, niat memainkan peranan penting. Kalau kita menutup aurat kerana suruhan sekolah atau mak ayah, maka mudah sekali untuk kita mengubah niat apabila sebab itu sudah tiada, namun jika kita menutup aurat untuk memenuhi tuntutan hamba kepada Pencipta, sekurang kurangnya Allah tidak mati.

Iman tidak diwarisi

Mungkin betullah nyanyian Raihan bahawa iman itu tidak boleh diwarisi. Ketika sekolah menengah dahulu, aku sentiasa mengaitkan kelakuan anak anak dengan perangai ibu bapa. Kalau anak tak solat, maka mungkin kerana ibu bapa tidak mengajarkan mereka solat. Kalau anak suka memukul, mungkin kerana bapanya suka memukul ibunya. Aku juga kekadang 'memperlekehkan' mereka yang suka memberi nasihat atau motivasi, namun hidup mereka sendiri tidak terurus dengan anak sendiri terjerumus dengan dosa dan sebagainya. Walaupun seringkali perkara tersebut benar, namun Islam mengajar kita agar tidak memperlekehkan seseorang kerana dosa atau kelemahannya, apatah lagi apabila mereka mencuba sentiasa untuk membaiki diri.

Kini ternyata ada ibu bapa yang baik dan cemerlang, namun anak mereka tidak menjadi (untuk masa sekarang). Namun kita tidak tahu, berkat doa ibu bapa, anak mereka mungkin berubah pada masa depan. Mungkin anak itu menjadi ujian dan cabaran untuk ibu bapa yang beriman. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Para nabi dan rasul juga diuji dengan keluarga terdekat mereka tidak beriman dengan ajaran yang diketengahkan. Anak Nabi Nuh gagal beriman dengan Allah sehingga ditenggelamkan dalam banjir (Surah Hud:45-46). Ayah Nabi Ibrahim seorang pembuat berhala. Bapa saudara Nabi Muhammad sendiri gagal beriman hingga ke akhir hayat. Adakah boleh kita memperlekehkan para nabi gagal memberi petunjuk kepada keluarga yang terdekat? Jika kita tidak boleh berkata demikian, apatah lagi dengan orang kebiasaan yang lain. Nabi cumalah menyampaikan ajaran Islam, Allah yang memberi petunjuk.

Allah is the Forgiving (Al-'Afuww) and Ever Forgiving (Al-Ghafur)
@Peace

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home