Ke manakah perginya adab?
Dalam kita mengketengahkan ilmu-ilmu Islam, kita menumpukan pada aqidah pada mulanya. Memastikan bahawa aqidah seorang muslim adalah pada landasannya yg sebenar. Ada yang mengatakan Allah bersemayam di atas Arash, bukannya berada di mana-mana. Dalam keadaan lain pula, ada yang mudah mengatakan yang lain kafir, kerana seolahnya kita boleh membaca fikiran, apa yang sebenarnya dimaksudkan mereka. Dalam pada kita bergaduh dan bertengkar sesame Islam, kita lupa pada cabang utama lain dalam Islam, iaitu akhlak. Dalam surah Ta-Ha, ayat 43-44:
Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut (layyina), semoga ia beringat atau takut.
Kalaulah Musa disuruh Allah utk berkata-kata secara elok dgn Firaun, apatah lagi kita utk berkata-kata buruk sesama muslim!!
Begitulah juga dalam cabangan Islam yang lain spt Ibadat, Sirah, Muamalat - dalam kita memperjuangkan kepercayaan kita, jgnlah lupa pada cabang yang akhir, iaitu Akhlak.
Tentu sekali akhlak yang baik atau jahat adalah subjektif, bergantung kepada empunya diri. Namun Islam menyediakan cara untuk melihat akhlak manakah yg dikira bersesuaian dengan Islam.
Berburuk sangka
Dalam surah al-Hujurat, ayat 12:
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.
Mungkinlah ada antara buruk sangka kita yang betul, namun untuk menjaga keseluruhannya, maka eloklah kita kurangkan buruk sangka. Islam melarang org yang berburuk sangka, dan juga org yang berbuat sesuatu yang boleh mengundang buruk sangka. Dalam satu hadis yang agak panjang, diriwayatkan oleh Safiyyah, ringkasnya;
Bahawa suatu malam safiyyah (isteri Rasulullah) melawat Rasulullah di masjid. Dia pulang dgn diiringi oleh Rasulullah. Dlm perjalanan, 2 org Ansar tlh melintasi mereka, dan menyedari Rasulullah berjalan dgn seorang wanita, mereka cepat-cepat mengatur langkah. Rasulullah menyedari hal tersebut, lantas memanggil mereka sambil memberitahu bahawa yang bersamanya adalah Safiyyah, isteri baginda. 2 org Ansar tersebut mengatakan yang mereka tidak berburuk sangka. Rasulullah mengatakan yang baginda risau Syaitan akan mencampakkan sesuatu ke dalam hati mereka berdua. (Sahih Muslim Book 26: 5405)
Kerana Rasulullah menyedari akan kemungkinan fitnah yang mungkin timbul, maka baginda dgn cepatnya menutup pintu ke arah perkara tersebut. Oleh itu, memarahi org lain kerana berburuk sangka tanpa melihat kepada diri sendiri adalah tidak lengkap sama sekali.
Dalam melihat dan memandang rendah terhadap orang lain, kita mestilah beringat bahawa kesudahan kita telah ditentukan. Dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi, hadis no.4, Rasulullah bersabda:
“… ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga.” Sahih Bukhari 3208.
Semoga Allah mengampuni kita. Semoga kita sama-sama memperbaiki akhlak, di samping menyempurnakan aqidah, ibadat dan muamalat kita. Ibn Taymiyyah menyebut:
Yang menjadi ukuran ialah kesempuranaan pada akhirnya, bukan kekurangan pada permulaannya.
@Peace.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home