At Peace

My Lifetime Stories in blog

Thursday, April 27, 2017

Bullying

"If people are trying to bring you down, that means you are already above them."
Berita kematian adik Thaqif berkemungkinan akibat penderaan fizikal (dan mental) membuatkan saya terfikir, sebanyak mana lagi kes yang lebih kurang sama, tapi tidak dilaporkan. Sampai bila harus kita menunggu dan setakat mana kes buli (dera) mengganggu kita?
Apabila berlaku sesuatu kecelakaan, kita boleh melihat melalui 2 cara. Salah satunya adalah, kes tersebut merupakan satu pengecualian daripada kebiasaaan (isolated case) dan satu lagi fahaman kes itu adalah 'tip of the iceberg'. Untuk pengurusan risiko yang berkesan, kita perlu menganggap bahawa kes kes seperti ini adalah 'tip of the iceberg', bahawa masih banyak kes-kes 'near miss' yang tidak membawa kematian, malah mungkin tidak dilaporkan. Ini mengakibatkan kadangkala kita mengganggap perkara begini jarang berlaku. Dianggarkan, untuk setiap kematian yang berlaku, terdapat beribu-ribu perlakuan yang tidak betul telahpun berlaku (tapi tidak mengakibatkan kematian).
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama semestinya akan mengiakan bahawa kes buli memang berlaku, cuma sahaja, sama ada buli tersebut ringan ataupun berat. Saya menganggap kegagalan kita untuk membendung budaya ini dimanifestasikan dengan akhirnya kematian tersebut. Malah, saya rasa tidak jauh untuk dikaitkan bahawa dari kecil sampai ke besar, kejadian buli begini masih lagi berlaku, dan malangnya dianggap sebagai satu kebiasaan. Selagi mana kita masih lagi membudayakan buli, selagi itulah sukar untuk kita membendungnya.
Apa maksud saya? Mengambil contoh dalam sektor perubatan itu sendiri, sekiranya seseorang dipaksa bekerja sehingga menyebabkan 'kecederaan; kepada mental, fizikal mahupun sosial seseorang - maka saya menganggap itu mendekati buli. Ditambah lagi apabila mereka yang menegur ataupun mangsa yang cuba mengubah keadaan dianggap sebagai 'anomaly' ataupun luar kebiasaan dan disisih/dipulau. Kita dimomok dengan perkataan 'lembik', 'masa zaman saya dahulu...'
Mungkin kerana kita merasakan kita berjaya kerana pernah 'dibuli', maka kita mengganggap semua manusia perlu melalui kesusahan untuk berjaya. Jika kesusahan itu berlaku tanpa diminta (kesibukan masa, balik lewat sebab menyelamatkan pesakit), kita perlu bersedia untuk menghadapinya, tapi kita tidak perlu melakukan sesuatu semata-mata untuk mendapat susah. Mana mungkin kita tahu, entah-entah sekiranya kita tidak dibuli/tidak dididik dengan kesusahan, kita boleh berjaya dengan lebih cemerlang sekarang ini. Dalam keadaan bias dengan hanya melihat kepada diri kita, kita tidak tahu berapa ramai yang gagal disebabkan budaya tersebut. Benarlah, pembuli akan melahirkan pembuli, dan generasi seterusnya akan merana.
Kita boleh berjaya tanpa buli, kita boleh berjaya tanpa perlu menekankan konsep senior-junior secara melampaui batas, anak-anak buah kita boleh berjaya apabila mereka dibenarkan untuk mempunyai masa untuk famili dan diri mereka sendiri- sebagaimana manusia di negara maju yang berjaya, tanpa kebergantungan kepada budaya buli.
Of course it is impossible to get rid of bullying itself, but it can be minimised. I was also part of the environment who thought 'minor' bullying is part of life, it strengthened you - but how wrong I was. I am sure there are many incidents that shape my thinking now (that any sort of bullying is unacceptable), but if I can pinpoint to one single incident, that would be when I (and my friends) was welcomed with nasi ayam, and good conversations, and multiple enjoyable trips to the shops when I first arrived in Galway. May Allah guide us and you and me and all of us to keep fighting for what we believe is the best for our future generations.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home